See..
Catatan Kembara Sebagai Seorang Hamba
Wednesday 11 April 2012
Mohon taubat kepada Allah, insyaalah diampuni
(HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad).
Wahai saudaraku! Bertaubat kepada Allah adalah merupakan jalan yang terbaik supaya dosa-dosa akan diampunkan oleh-Nya. Tidak ada yang dapat memberikan keuntungan bagi orang-orang yang beruntung pada hari akhirat kecuali hanya taubat yang sungguh-sungguh, yang padanya terkandung keikhlasan kepada Allah semata dan dengan cara menjauhi apa-apa yang tidak disukai-Nya.
Taubat itu adalah merupakan ubat yang dapat diperoleh bagi setiap orang yang terkena penyakit jiwa dan perbuatan-perbuatan yang buruk. Sedangkan makna taubat menurut pengertian bahasa ialah kembali”. Maksudnya ialah kembali taat kepada Allah SWT setelah sebelumnya durhaka kepada-Nya.
Wahai saudaraku! Perhatikanlah ayat-ayat Al Quran yang menyerumu supaya bertaubat. Firman Allah:
“Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(As-Zumar: 53)
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” (At-Tahrim: 8)
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur: 31)
“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).”
“Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mnengalir dibawahnya beberapa sungai, mereka kekal didalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.”
(AI-Imran: 135-136).
Bertaubat kerana dosa dan kesalahan termasuk sesuatu yang harus dilakukan secara langsung dan terus menerus, sama ada dosa yang dilakukan itu kecil mahupun besar. Kerana telah diturunkan kepada kita wahyu yang jelas maknanya, yang menganjurkan perbuatan ini Sebagaimana Firman-Nya lagi:
“Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya.” (Al Maidah: 39)
Setelah kita memperhatikan firman Allah, marilah pula kita perhatikan hadis-hadis Nabi, yang menyeru kita supaya kembali ke jalan Allah.
Diriwayatkan dan Abu Hurairah, dia berkata,:
“Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya aku benar-benar memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih dan 70 kali dalam satu hari.”
(HR. Bukhari).
Dan Al-Aghar bin Yassar, dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda:
“Hai manusia bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampunan-Nya, kerana aku juga bertaubat sebanyak seratus kali dalam satu hari.” (HR. Muslim).
Kalaulah kita ingin memperhatikan pada diri Rasulullah SAW yang maksum itu, yang dosa-dosanya pada masa lalu dan yang akan datang telah diampuni oleh Allah, namun meskipun begitu beliau tetap memohon ampun dan bertaubat kepada-Nya sebanyak seratus kali dalam satu hari. Perkara ini memberikan pengertian kepada kita bahawa pentingnya taubat dalam kehidupan sehari-hari.
Sebenarnya hak-hak Allah terlalu agung jika kita harus melaksanakannya. Lalu bagaimanakah caranya supaya kita mendapatkan keredhaanNya?
Mari kita perhatikan ucapan dan seorang ulama’ yang terkenal iaitu Thaniq bin Habib, katanya: “Sesungguhnya hak—-hak Allah terlalu agung jika harus dilaksanakan oleh manusia. Namun mereka harus tetap bertaubat pada waktu pagi dan petang hari.”
Sesungguhnya taubat yang dapat mengubati dosa dan menghilangkan pengaruhnya, ialah taubat yang seikhlas-ikhlasnya. Sedangkan yang dimaksud dengan taubat yang seikhlas-ikhlasnya didalamnya terkandung keinsafan sepenuhnya tentang buruknya dosa yang diperbuat di sisi Allah SWT.
Hati harus dipenuhi oleh perasaan sedih dan menyesal serta takut kepada amarah Allah, keinginan kuat untuk meninggalkan dosa itu ketika itu juga dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa yang akan datang, serta berusaha terus membebaskan diri dan pengaruh-pengaruh dosa yang lalu sedapat mungkin.
Apabila seluruh unsur-unsur itu terpenuhi, maka hal itu akan mengubah dosanya menjadi pendekatan diri kepada Allah SWT, sakitnya akan menjadi kelazatan, keburukannya berubah menjadi kebaikan, kegelapannya berubah menjadi cahaya dan kebingungannya berubah menjadi hidayah.
Taubat yang sebenarnya itu mengandung tiga unsur, iaitu ilmu, perihal keadaan dan perbuatan. Yang dimaksud dengan ilmu ialah: bahawa taubat itu haruslah dilakukan dengan kesedaran dan ilmu. Ertinya, harus diketahui bahawa perbuatan yang sudah dilakukan itu adalah perbuatan dosa. Sedangkan ilmu yang dimaksudkan disini ialah iman yang yakin. Iman iaitu suatu pengertian yang membenarkan bahawa dosa itu adalah suatu perkara yang dapat merosakkan, sedangkan yakin iaitu suatu pengertian yang menguatkan pembenaran tersebut dan yang menghilangkan keragu-raguan. Jika yakin ini telah menguasai hati, maka akan timbullah cahaya iman.
Yang dimaksud dengan perihal keadaan ialah, sesudah hal itu diketahui,hendaklah timbul suatu jeritan di dalam hati, iaitu perasaan menyesal.
Sedangkan yang dimaksud dengan perbuatan ialah, niat yang kuat dan sungguh-sungguh bahawa tidak akan melakukan dosa itu kembali pada hari-hari yang akan datang.
Begitu juga, apabila taubat seseorang itu ingin diterima disisi Allah, maka seseorang itu harus memperhatikan syarat-syarat yang telah ditentukan, diantara syarat-syarat tersebut ialah:
1. Menyesal atas segala perbuatan dosa yang pernah dilakukan.
2. Mensucikan diri dan perbuatan maksiat yang sudah dilakukan. Kerana tidak ada ertinya bertaubat jika dosa masih terus dikerjakan.
3. Bertekad dengan sungguh-sungguh bahawa tidak akan mengulanginya lagi, selama hayat dikandung badan, sampai mengucapkan selamat tinggal pada dunia yang fana ini.
Ketiga-tiga syarat ini, wajib dilaksanakan oleh orang yang ingin bertaubat yang berhubungan antara dosa manusia dengan Tuhannya. Akan tetapi jika kesalahan atau dosa yang dilakuan itu berhubung dengan sesama manusia, maka diwajibkan untuk menyelesaikannya kepada orang yang berkenaan.
Setelah taubat dan dosa-dosa engkau lakukan, selepas itu hendaklah sentiasa meletakkan dirimu antara takut dan harap. Berharap dimaksudkan di sini ialah agar Allah menerima taubatmu dengan belas dan kasih-Nya. Sedangkan yang dimaksud dengan takut ialah, takut kalau-kalau Allah tidak menerima segala taubatmu, serta bimbang kalau-kalau kamu melakukan taubat itu tidak dengan sempurna.
Bagi setiap orang yang beriman haruslah sentiasa bertaubat kepada Allah tanpa berhenti, dan taubat itu haruslah diperbaharui pada setiap masa dan kesempatan, sebab dosa-dosa yang kita lakukan itu mungkin banyak sekali dosa batin, atau dosa yang tidak kita tahu atau dosa yang kita ketahui.
Oleh kerana itu ketahuilah! Jika kita kembali kepada Allah dengan taubat nasuha, nescaya Allah akan menerima taubat kita, dan menghapuskan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Sebagai bukti, perhatikanlah beberapa contoh tentang orang-orang yang bertaubat kepada Allah dengan taubat nasuha itu, sehingga mereka mendapat keuntungan diakhirat.
a. Pembunuh seratus orang.
--------------------------
Dan Abu Sa’id A1-Khudry, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Dulu, diantara orang-orang sebelum kamu ada seorang lelaki yang sudah membunuh 99 orang lalu dia bertanya tentang penduduk bumi yang paling banyak ibadahnya. Lalu dia ditunjukkan tentang seorang rahib. Diapun pergi menemui rahib itu, kemudian dia menceritakan bahawa dia telah membunuh sebanyak 99 orang, maka apakah masih ada ampunan bagi dirinya?
Rahib itu menjawab, “Tidak ada.”
Lalu orang itupun membunuh rahib tersebut, sehingga jumlah korban menjadi 100 orang. Kemudian dia bertanya-tanya tentang penduduk bumi yang paling banyak ilmunya. Lalu ditunjukkan kepada seorang lelaki yang berilmu. Orang itu pun berkata bahawa dia telah membunuh sebanyak 100 orang, apakah masih ada ampunan bagi dirinya jika dia bertaubat?
Orang yang berilmu itu menjawab, “Ya. Tidak siapapun yang dapat menghalangi antara dirimu dengan taubatmu.”
Pergilah engkau ke negeri yang jauh letakknya dan sini, kerana disana ada orang-orang yang menyembah Allah, dan sembahlah Allah bersama mereka, dan janganlah kembali ke negerimu. Kerana negerimu ini adalah tempat yang rosak.” Orang itu pun pergi, sehingga ketika dia di dalam perjalanan, kematian menghampiri dirinya. Pada waktu itu malaikat rahmat dan malaikat azab saling berselisih pendapat tentang orang tersebut.
Malaikat rahmat berkata; “Orang ini telah bertaubat dan menghadap kepada Allah dengan sepenuh hatinya.”
Sedangkan malaikat azab berkata: “Sesungguhnya sekalipun dia belum pernah mengerjakan kebaikan.”
Sedang mereka itu berselisih pendapat, tiba-tiba datang pula malaikat yang berwujud seorang manusia mendatangi mereka dan hendak memutuskan perkara mereka tentang orang tersebut. Maka dia berkata: “Ukurlah jarak antara dua negeri itu. Mana jarak yang lebih dekat, maka ia akan menjadi bahagiannya.” Maka mereka mengukurnya dan mendapatkan bahawa jarak yang paling dekat adalah ke negeri yang hendak di tujunya. Maka malaikat rahmat yang memegang orang tersebut.” (Bukhari dan Muslim).
Dalam satu riwayat yang lain pula disebutkan:
“Lalu Allah menurunkan wahyu kepada negeri yang satu ini agar jaraknya lebih jauh, dan memberikan wahyu kepada negeri yang satunya lagi supaya jaraknya lebih dekat. Maka jarak ke negeri yang baik adalah lebih dekat dan negeri yang ditinggalkannya kira-kira satu jengkal. Maka ia dijadikan sebagai penduduk negeri yang baik itu.”
(HR. Muslim).
Perhatikanlah wahai saudaraku! Walaupun dosanya sangat besar dan kesalahannya menimbun, akan tetapi ketika rasa penyesalannya betul-betul timbul dan lubuk hati yang mendalam, serta ia benar-benar ingin bertaubat, maka Allah merahmatinya dan menjadikan dirinya termasuk golongan orangorang yang berbahagia. Maka begitu pulalah hendaknya dirimu yang harus betul-betul dalam bertaubat, supaya Allah benar-benar memberikan rahmat-Nya bagi dirimu.
b. Wanita Pezina.
-----------------
Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita dan kaum Hujainah, yang hamil kerana perbuatan zina. Lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, telah berlalu suatu hukuman bagiku maka laksanakanlah hukuman itu atas diriku.” Lalu Rasulullah memanggil seorang wali wanita itu serta berkata; “Perlakukanlah dengan cara yang baik terhadap wanita ini, maka jika dia telah melahirkan, bawalah dia kepadaku.” Maka wali itu melaksanakannya. Maka setelah tiba saatnya, Rasulullah mengikat wanita itu dengan pakaiannya kemudian memerintahkan kepada para sahabat supaya merejamnya. Kemudian Rasulullah menyembahyangkan mayatnya. Lalu wali wanita itu berkata kepada Rasulullah, “Mengapa engkau menyembahyangkan mayat wanita itu wahai Rasulullah padahal dia telah berzina?”
Maka Rasulullah menjawab; “Sesungguhnya dia telah bertaubat dengan betul-betul taubat, yang andaikata taubatnya itu dibagi-bagikan diantara tujuh puluh orang penduduk Madinah, tentu taubatnya itu sanggup untuk menutupi kesalahan mereka semua. Dan apakah engkau pernah mendapatkan suatu taubat yang lebih utama jika dibandingkan dengan wanita itu yang menyerahkan nyawanya kepada Allah?” (HR. Tarmizi dan Ahmad).
Perhatikanlah bagaimana balasan taubat yang sesungguh-sungguhnya. Taubat itu menjadikan seseorang berada dalam suatu persiapan yang besar untuk membersihkan dirinya dan kedurhakaan dan dosa.
Taubat juga merupakan suatu bentuk ubudiyah kepada Allah yang paling disukai oleh Allah. Ianya mempunyai kedudukan yang tidak dapat disamakan dengan yang lain kerana didalamnya terdapat sikap pasrah, menyerahkan din dan tunduk kepada Allah. Bahkan faedah yang paling besar adalah berubahnya keburukan yang pernah dilakukan menjadi kebaikan.
Sebagaimana firman Allah:
“Kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal shaleh, maka kejahatan mereka itu akan diganti dengan kebaikan.” (A1-Furqan: 70)
Ayat di atas ini merupakan khabar gembira bagi orang-orang yang benar-benar bertaubat. Sehingga seorang tabi’in yang mulia bernama Sa’id Al-Musayyab pernah berkata tentang ayat ini, menurutnya; “Allah menggantikan kejahatan yang pernah mereka lakukan dengan kebaikan pada hari kiamat dan memberikan kepada mereka kedudukan yang baik dari setiap kejahatan mereka.”
Thursday 25 August 2011
Susuli Kejahatan Dengan Kebaikan
Setiap daripada anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa. Sebaik-baik orang yang melakukan dosa dan kesilapan adalah orang yang bertaubat. Insha Allah, peluang untuk bertaubat dan membaiki diri sentiasa tersedia bagi hamba-hamba Allah yang ingin kembali kepada-Nya.
Bersumberkan Abu Dzar Al-Ghifari r.a., diberitakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Ertinya:Susulilah kejahatan (dosa) dengan kebaikan, semoga kebaikan itu dapat menghapuskannya.Hadits Riwayat Abu Dawud dan At-Turmudzi: Hasan
Pengajaran:
- Pada dasarnya, Islam menyuruh setiap penganutnya supaya melakukan kebaikan.
- Apabila seseorang Muslim melakukan kejahatan (d0sa), maka bagi satu dosa akan dibalas dengan satu kejahatan. Namun begitu, jika dia segera melakukan satu kebaikan, maka satu kebaikan akan dibalas dengan sepuluh kebajikan yang juga akan dapat menghapuskan kejahatan yang telah dilakukan tadi.
- Dengan tindakan tersebut, maka kebajikannya melebihi kejahatannya dan dia akan bahagia semasa amalannya ditimbang di neraca timbangan amalan, di hari akhirat kelak.
Sunday 31 July 2011
Kisah Ramadhan : "Tempahkan bilik ku di neraka"
Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat
menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya
walaupun tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.
Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang
dipenuhi uban menegurnya.
"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan
ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian
begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.
Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?"
Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
"Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah
bilik di neraka jahannam untukku, " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa
mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.
Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis manis. Sayang
wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang
lain turut terdiam ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas
tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum-hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.
Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut
di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang
lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi
memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.
Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi
mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat
mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.
Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah
ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini
atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yang
sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh
melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja
yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.
Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang itu.
Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. Taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.
Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Friday 22 July 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)